Kehidupan peribadi Redza_Minhat

Redza merupakan seorang anak yatim seawal umur tiga tahun apabila bapanya meninggal dunia. Sejak daripada itu, dia telah dibesarkan oleh ibunya.[4]

Beliau telah merancang majlis perkahwinannya sejak 2010 tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Pada 17 Jun 2011, akhirnya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Aidira Khaidir, iaitu "junior"nya ketika menuntut di Universiti Multimedia. Beliau telah mengenali isterinya sejak 10 tahun yang lepas ketika mereka bersama-sama menyertai pementasan teater. Majlis resepsi diadakan sehari selepas majlis akad nikah.[5]

Pada 7 Mac 2012, isteri beliau telah melahirkan anak pertama mereka di Hospital Pantai Kuala Lumpur[6] dan bayi tersebut diberi nama sebagai Ali. Ali dilahirkan pada pukul 2.13 petang dengan berat sebanyak 3.36 kilogram.

Pada 19 Mac 2017, isteri beliau telah melahirkan anak kedua mereka dan diberi nama Kurnia Amelie.